Friday 19 July 2013

"SERIKANDI SUCI...RABIATUL-ADAWIYAH"



Ingin saya kongsikan sedikit tentang serikandi hebat ini..Namanya diberi “Rabiah binti Ismail Al-Adawiyah yang dilahirkan di Kota Basrah pada yahun kedua Hijrah dalam keadaan serba kekurangan . Dan kekurangan itu bukanlah penghalang bagi ibu dan ayahnya utk terus beribadat kepada ALLAH . Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Banyak kejahatan dan maksiat berleluasa. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Akibatnya, ketajaman iman mula tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun , Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Basri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafsu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, jauh dari kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri sangat gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran…Subhanallah..saya sangat kagum .Kalau kita masa kecil masih lagi dengan bermain anak patung dan masak2 tapi berbeza dengan beliau .

 Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.Dalam menjalani kedewasaannya, beliau duji dengan pelbagai ujian antaranya kematian ibu dan ayahnya,terpisah dengan kakak2nya dan akhirnya beliau terpaksa menjadi hamba kepada majikan yang sgt zalim kepadanya .Tapi xpernah beliau merungut..bahkan hanya memuji2 ALLAH..Segala kebergantungannya dan cintanya milik Tuhan yang SATU.

Antara munajat dan ucapan Rabiatul Adawiyah kepada ALLAH di malam yang hening,,

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”
Selama 30 tahun dia terus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”
Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”
Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Dia kekal membujang tanpa timbul rasa kesal kerana tidak berkahwin walau ramai alim ulama dan raja datang meminang, kerana hatinya meruntun Cinta Sang Pencipta yang Agung.

Selama 80 tahun Rabiatul Adawiyah hidup, dan di saat kematiannya, malaikat maut datang dan Rabiatul Adawiyah seakan2 mngetahui tujuan kedatangannya. Saat itu pada wajahnya terpancar nur yang luar biasa .Begitulah kecintaannya yang abadi . Alhamdulillah atas ilmu ini ya ALLAH,,semoga perkongsian ini dapat menjadi contoh kepada kita untuk terus perbaiki diri supaya mnjadi hamba yang bertaqwa . 

#Alhamdulilah...inilah kesimpulan serba sdikit yg saya dapat ambil daripada novel sejarah serikandi islam "Rabiatul Adawiyah" Perindu Cinta Abadi karya Zahiruddin Zabidi..sgt bermanfaat dan berguna terutama bagi muslimah2 yang ingin mencari keredhaan dan cinta Tuhannya.#

Walahua'lam …senyum selalu dari cik layyin.=)








Monday 24 June 2013

SAHABAT KECILKU..

Tinta untuk kesekian kalinya…

   Sedang terfikir-fikir bile masanya untuk pulang ke Kelantan tercinta, hati saya tiba2 teringatkan susuk tubuh kecil yang lincah,sudah lame hilang dari pandangan sejak beberapa hari ini.Maklumlah,musim exam,agak kurang mase untuk ke taman..
Adam Kashfi,namanya secomel orangnya. Teringat waktu mula2 berkenalan,setiap petang depan rumah yang kami sewa ni la yg mnjadi port tuk saya dan teman2  serumah  duduk2 dan ambil angin. Satu hari sedang saya duduk2 di bawah  pohon kelapa smbil melihat gelagat anak2 kecil bermain di taman,datang seorang anak kecil berdiri x jauh dari saya.Berdiri dengan basikal kecilnya..comel sangat..
Saya pun terus menyapa “adik..kenapa berdiri kat situ?adik x ikut kawan2 main?”..sambil tersenyum dan saya tahu dia agak kekok dan segan.
“Kite xde kawan…” mukenye muka yang sgt innocent membuatkan saya rindu saya pada anak2 buah  membuak2..huhu..Allah,rindunye mereka.

  “Adik mari sini,mari kat akak..letak dlu basikal tu..”saya xnak die segan,saya ajak dengan penuh minat..
Dia datang dengan perlahan2 dan duduk di sebelah saya..
“Erm.adik name ape ye?tinggal kat mne?umur berapa tahun ni?”saya memulakan kalam.
“Name saya Kashfi..Adam Kashfi,tinggal kt situ je..yang kete warne merah tu”sambil menunjukkan ke arah rumah selang satu dari rumah kami. La,dekat je tp boley aku xalert yang dia jiran berdekatan je smbil bermonolog sendiri..

“umur Kashfi  5 tahun”Nampak sebaris gigi susu tersusun cantik..nampak dia mula petah tuk bercerita.
“Ooo..dekat je umah Kashfi ngn umah akak,umah akak yang ni,yang kaler hijau tu..”
“Name akak ape?”Tanya Kashfi ringkas
“Name akak Nadia,boley panggil kak Ya”saya senyum smbil hulurkan tangan..
“Selamat berkenalan Kashfi,nanti kite boley jd kwn kalau xde org nak kwn Kashfi ”..die sambut huluran tangan saya,nampak dia da mula selesa tuk bersembang dgn saya.

“Kak ya,Kashfi selalu datang taman ni tp Kashfi xkawan ngan diorang,sebab diorang xnak kawan Kashfi,diorang suke main bola tp Kashfi xminat”..laju dia explain.
Sambil tersenyum saya berkata “xpe la,Kashfi ley main ngn Kak Ya,nanti kite boley main badminton sama2..nak?”
    “Nak,esok Kashfi bawak raket kite main same2 ye kak Ya!”hatinya berbunga  girang.Melihat teletah anak kecil ini,tibe2 saya terfikir begitu ikhlasnya kanak2 ni,dan semasa kecil la ibu bapa harus pandai mendidik anak2..kerana mase ni,mereka sgt suci,mudah tuk menerima didikan dan ajaran.Kalau dipersiakan..Ya ALLAh..sangat rugi..

   “Kak Ya,ape yang kak Ya pegang tu?” Kashfi bertanya dengan penuh minat.
“Oh,,ini namenya maksurat,dalam ni ade byk surah dan doa”saya jawab dengan berhati2 agar dia memahami.
“Maksurat tu ape?dia bertanya lagi
“Maksurat ni padanya seribu satu hikmah”saya tersenyum bile melihat mukanya yang selamba,Nampak di situ dia tidak memahami..
“Ok lah,mai dekat kak Ya sikit..tengok ni,”saya memberi peluang tuk die pegang maksurat dan tengok dengan sendiri..walaupun dia xfaham skurang2nye die mngenali bentuk maksurat .
“Dalam ni ade doa pagi dan petang,ade surah2..Kalau baca tiap2 hari,mesti Kashfi dapat pahala..”walaupun riak wajahnya Nampak blurr  tp saya cube untuk bagi dia faham ..

“Kashfi pandai mengaji x?”
“erm.sikit2..”jawabnye ringkas..
“ok,kat sekolah Kashfi blajar ape je?
“Kashfi blajar English,Matematik,Sains, pastu….”belum sempat die trangkan saya mencelah
“xpe,kak Ya nak dengar Kashfi mengaji..boley x?kalau nak main badminton ngn Kak Ya esok,syaratnye kena baca surah dulu depan kak ya..”syarat yang diberi saya tuturkan dengan lembut dan senyuman supaya dia dapat menerima permintaan saya..huhu
“Err,,boleh,,tapi Kashfi xingat..”
“Xpe..nanti kak Ya ajar kalau xbetul..cube Kashfi baca surah al-fatihah”

Kemudian Kashfi cuba memulakan bacaannye disudahi dgn surah al-falaq,setiap bacaannya ada yang perlu diperbetulkan dan ingatannya sangat tajam bile saya ajarkan tentang berapa rakaat solat stiap wktu walaupun pada mulanye dia tidak tahu.
“Pandai Kashfi baca surah,ingatan Kashfi pn kuat..kita boley main esok..Kashfi nak tahu x,surah2 yang Kashfi baca tadi kan,sumer ade dalam maksurat ni”..
“Ooo..Kashfi dah faham,dalam maksurat ni ade surah fatihah,an-nas,al-falaq kan Kak Ya..”jawabnye dengan penuh yakin.

“Yup,pandai adik Kak Ya!”kata2 semangat tuk adik Kashfi,walaupun dia xmemahami sepenuhnya cukup saya mengajarkan benda yang dia xpernah tahu dan memahami sekadarnye sahaja..saya rase puas hati J
Tidak jauh dari kami ade seorang budak perempuan yang memerhatikan gelagat kami,Safiah..kanak2 genit yang sangat aktif dengan basikal pinknye.Asyik melihat saya memuji Kashfi…
“Safiah,mari lah sini..nak mnegaji x macam Kashfi..datang kat akak….”belum sempat saya mnruskan bicara,,,
“xnak lah mengaji..bosan” sambil kepalanya meggeleng terus mengambil basikalnya dan beredar dari situ..
Allahuakbar,terkejutnya hati saya bile Safiah berkata sedemikian… tp budak2..mereka masih xmengerti ape2..dalam hati saya terfikir,macam mana bila saya mnjadi seorang ibu kelak,tanggungjawab yang harus dipikul tuk mendidik anak2 yang celik minda,celik agama…generasi yang bakal menerajui mase akan datang..sempat lagi bermonolog..huhu..

  Kanak2 ibarat kain putih..ibu bapalah yang mencorakkan sama ade baik atau buruk akhlaknya…
Sejak hari itu,Kashfi adalah sahabat kecil saya yg selalu ade di depan umah stiap petang tuk bermain badminton dan dalam mase yg same diberikan sedikit ilmu tentang al-quran dan doa.Semoga Kashfi mnjadi anak yg soleh..itu harapanku..dalam berdakwah.xperlu menunggu orang ramai.xperlu tggu untuk dewasa..dalam berdakwah..xperlu tggu kite ni baik,kite ni alim..skurang2nye ade usaha kearah itu..dan yang paling penting adalah NIAT…
Alhamdulillah..beberapa hari lepas tu,mak Kashfi datang bertemu dgn saya,,orangnye ramah dan agak bersederhana..

“Ni ke k.ya,kawan Kashfi..pggil Kak Za je”mukenye tersenyum manis.Nampak jelas muka keibuan kakak ni.
Sempat kami berkenalan antara satu sama lain dan baru tahu ibunya orang Kelantan.same negeri dgn saya..
Banyak juga yg dibincangkan.berkongsi pendapat ..
"akak suri rumah je.,dulu akak ambik jurusan LAW kt UIA..tp lepas ade anak ni,akak tumpukan penuh perhatian untuk mereka,banyak benda yg nak dididik Nadia,nanti ajar la Kashfi al-Quran ke ape2 je yang bermanfaat,bukan Kashfi saje..kat sini budak2 kurang didikan agama.maklum lah sini kebanyakannya orang berkerjaya "..
saya kagum dengan sifat keibuan yang ade pada ibu ini...hati saya sangat tersentuh bile mndengar keluhan dan kebimbangannya tentang anak2 pada mase kini..

Satu yang mnjadi persoalan saya di sini…. “BANYAK MANE SUMBANGAN YANG SAYA BERIKAN UNTUK AGAMA,UNTUK ISLAM…”terasa betapa kerdilnya diri ini yg ALLAH berikan tanggungjawab tuk menjadi khalifah...

Terima Kasih YA ALLAH……saya dikelilingi dengan orang yang baik,sahabat yang baik,jiran yang baik…
.
“Hiduplah untuk memberi sebanyak2nya,,jgn hidup untuk menerima sebanyak2nya”..

Satu kate2 yg sy pegang Allah mencintai orang-orang yang selalu berjuang memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat ..

 
"oo..ni ke maksurat k.ya" betapa terujanya mujahid kecil ini




Ye,saya masih memperbaiki diri…terus memperbaiki diri..Hanya kerana cinta sejati….ALLAH tujuan hidupku,berjuang selagi mampu…




Monday 28 January 2013

InDAhNYA SaAT iTU..*____*

Salam alaik...
  Setelah sekian lame xupdate blog..tibe2 malam ni rajin jari-jemari sy mnekan keyboard lappy ni..setelah berminggu-minggu cuti..psti sumer sibuk dengan urusan masing2...dalam mase y same terlintas d fkiran tentang sahabat2 sy..sungguh..sy sgt rindukan mereka..

 Terengganu,bumi penyu y hampir 2 tahun sy tinggalkan..3 tahun brsama menimba ilmu di bumi UNISZA..pelbagai pengalaman,suka,duka,pahit manis sy lalui bersama kawan2..3 tahun bersama,,xprnah berpisah..bile da grad diploma,mula rse rindu,,g beraya bersama2,g klas same2 n wat pr0gram same2..indahnye mse tu...y psti Nadia.Sarah,Rabiatul,Amnah n Akma..plajar setia y skmo dtg lewat ke klas..hehe..dari thun satu smpi akhir..aishh...lucu pn ade ingat balik..huhu

 Sekarang,kite trpisah..mmbawa haluan msing2..arah hidup brbeza tp tujuan kite serupa..demi mnggapai RedhaNYA..ade y smbung d bumi anbia',ade y da kwen,da nk ade ank da..huhu..ade yg dah pergi mninggalkan kite..namun,ketentuan Ilahi..itulah lumrah yg harus kite trima..mgkin kami akan menyusul kamu wahai sahabat...

Erm..kini kite msih lg belajar..belajar untuk mndpatkan ilmu..belajar mmatangkan diri krna ilmu yg kite ade msih blum cukup..byk y perlu kite baiki untuk mnjadi lbih baik..










                          ragam2 warga AQSA 2008-2011

Alhamdulilah ya ALLAH..shingga skarang Engkau menganugerahkan aku teman2 yg baik,yg byk
mmbantu,yg memahami dan mnyayangiku..dan dlm prsahabatan juge kite xterlepas dari ujian..yg mnguji kesabaran,ketabahan,prsefahaman..namun,dgn ujian itulah kita brusaha untuk bgkit,terus brjalan mnempuh sgla2nya dengan cekal..

Antara kita brmacam2 ragam..dengan ragam msing2 maka kite dpat mngenali dan memahami sikap dan tingkahlaku..dan smestinya trdapat kkurangan..tetapi jgn jadikan ia sbg modal untuk kite berburuk sangka sesama sndiri,tp biarlah kite yg mnyempurnakan kkurangan itu..baru lah hidup akan sntiasa tnang dan bhagia..andai diri ini trsilap langkah..pimpinlah tangan ini ke arah jalan yg tepat..krana kita msing2 ade kkurangan dan klebihan..
                                       last beraya brsama..rindu saat ni

Semntara di bumi Usim..sgt2 brtrima ksih kepada shbat2 sy Nawal,Aze,Aini,Najah,Miera dan Fatin..satu hadiah yg sgt istimewa sempena hari lahirku..dgn kek yg cumil n sdap..satu kjutan yg amat sy hrgai..prnah trpkir nk update blog pd hari trsbut sbb excited ngn kjutan korg..tp mase x m'izinkan..


Hadiah daripada k0rg..best sgt buku ni!thanks cyg2ku <3


kek ni sdap sgt..mkn smpi c0mot..hihi
Ape pn, untuk shbat2ku y ku syg krna ALLAH..trtarik dgn kata2 ni..

♥ JANGANLAH menjadi sahabat seperti GUNTING..meskipun jalannya lurus tapi memisahkan apa yang telah menyatu..jadilah sahabat seperti JARUM dan BENANG MESKIPUN MENUSUK DAN MENYAKITKAN tapi INDAH menyatukan apa yang TERPISAH :)

0ur friends from biladil-arabi *-^

kwn2 sy yg cute..Najah.Miera,Nawal,Fatin

klu boley rse nk coretkan stiap memori dan coretan  kt sni :)..tp amat trhad,ape pn..trima kasih ats sgla2nya,,stiap memori trpahat d hatiku..huhu
"Dlm persahabatan yg tanpa kata, segala fikiran, harapan dan keinginan terungkap dan terangkum bersama – menyimpan keutuhan. Ketika tiba saat perpisahan, jangan kalian berduka, sebab apa yang kalian kasihi darinya mungkin akan nampak lebih indah dari kejauhan – seperti gunung yang tampak lebih agung trlihat dari padang dan daratan. Jangan ada tujuan lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya jiwa. Krna cinta kasih yang masih ada hanyalah jaring yang ditebarkan ke udara – hanya menangkap kekosongan semata."

semoga rohmu dicucuri rahmat,Saiful Asyraf a.k.a Oyak Kayo...antara kata2 y trngiang2 kt telinga ini ."k.ya,,jgn lupe mkn..nanti gastrik truk..xley g klas"
"k.ya,cpat2 la cari calon..nk balik Malaysia nti Oyak nkgi knduri k.ya"
"k.ya dan burger mmg xley dipisahkan"...
"k.ya..rndu puding koktail..xtau bile dpt mrasa lg.."
kdg2 trsenyum sorg2,bile trbukak video ni kt utube tnpa  sdar air mata brguguran,byk sgt nasihat dan psanannye.. tp ALLAH lbih mnyayangimu..m0ga tnang d sana sahabatku..



Ape pun..hidup kite msti dtruskan...sem0ga kite same2 brusaha dlm menggapai cnta dan redhaNya..truslah brjuang dan jgn brptus asa demi agama kite,iman kite.dan ingatlah stiap prkara y kite lakukan krn ALLAH merupakan ibadah..syg kalian krna ALLAH.....walahua'lam.. :)

p/s: maaf jika trdapt kkurngan pd coretan ini..hamba insan y msih mrangkak tuk blajar *-^



Wednesday 31 October 2012

UsRaTI JaNNati..inSYallah ;)


  Bulan lalu,abah dan umi ke Kuala Lumpur datang brjumpe dgn anak2 mnantu2 dan cucu kesayangan mereka..Hati ini tidak terkira gembira bila dapat tahu umi dan abah akan datang mnjmput saya di USIM..
Setelah sampai di LCCT,wajah mereka nmpak kepenatan..tetapi bertukar ceria bila melihat anak2,menantu dan cucu kesayangan mereka..saya lagi la gembira :)

3 hari kami menghabiskan masa bersama-sama...paling hepi sgt2 mestilah 3 org prmata kecil darwisyah,juwairiah dan uzair y nakal..masing2 dgn gelagat dan gaya yang tersendiri mengekspresikan betapa gembiranya mereka . Alhamdulilah YA Allah,Engkau telah mengurniakan kami ibu bapa dan keluarga yang cukup bahagia walaupun sederhana *_* ..

   

                                 kt Taman Botani,Putrajaya


adik..snyum la skit syg :)

s0rang xckup..tlg snap gmba :P

hehehe ;)

my sunshines =)

famili along n angah *-^

Pada malam tu,kami smua antar abah umi kt airport.......it was such a good n sweet moment that i spent with them walaupun sedih..umi,abah,,trima ksih.Alang2 tu saya ingin kogsikan satu ayat dari surah Ar-Rum..Firman Allah yg brmaksud :

Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya Dia menciptakan untuk kalian isteri dari jenis kalian agar kalian merasakan sakinah dengannya; Dia juga menjadikan di antara kalian rasa cinta dan kasih sayang. Sesungguhnya dalam hal itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir.” (Ar-Rûm: 21).


Semoga kita semua dikurniakan keluarga yang sakinah,mawaddah dan rahmah..same2 doa yuk...:)walahua'lam


notakaki : segala kkurangan ats stiap prkongsian hrp dimaafkan..snyum sokmo =)

Saturday 21 January 2012

ANTARA UJIAN DAN KESABARAN


  Sedar x kita bahawa hidup ni bagaikan roda, kita tidak selalunya di atas. mungkin boleh jadi esok kita dibawah, boleh jadi esok kita masih dibawah. tapi adakah itu alasan untuk kita terus mengalah?Ujian dan dugaan yg menimpa, bukanlah sesuatu yg dpt kita ketahui sebelumnya ianya berlaku. Ketahuilah bahawa Allah swt tidak akan sesekali membiarkan para hambanya dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang ujian untuk menguji sama ada kita ini sebenar-benarnya beriman kepadaNya.Firman Allah taala :
Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?” (Al-Ankabut: 2)

  Sudah tentu kita semua telah pernah diuji, ataupun masih sedang diuji tetapi apa yang sudah pasti ujian Allah swt ini tidak putus-putus dan Allah swt akan sentiasa menguji hambaNya. walau apapun, ujian Allah swt ini bukanlah ujian kosong semata-mata. Ianya penuh hikmah dan pengajaran agar kita semua dapat terus meningkatkan keimanan kita terhadapNya. Dalam surah yang lain Allah swt juga telah memberi beberapa contoh yang mungkin akan dijadikan sebagai ujian terhadap hambanya yang beriman.
Dan sesungguhnya Kami akan memberikan sesuatu percubaan kepada kamu, seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan…
(Al-Baqarah : 155)
   Emm..ujian yang datang tak ade la  sebulat-bulatnya begini, tapi ini adalah antara jenis-jenis ujian yang mungkin akan menimpa kita semua. boleh jadi dalam kehidupan ini kita sering terasa kesempitan sebab kita tidak berharta? mungkin? janganlah kia risau jika kita tidak berduit mahupun berharta kerana sesungguhnya duit bukanlah segala-galanya.

   Bagaimana pula dengan SABAR???.....sabar itu adalah sesuatu yang sangat susah untuk dikecapi, ditambah pulak jikalau sesuatu berlaku kepada kita dan kita pula bersabar menghadapinya, akan ada pihak yang mengatakan kita ini tak mahu mempertahankan hak kita, lemah dan sebagainya. well, in this kind of situation, adalah sangat penting untuk kita terus bertahan dan banyakkan bersabar? bukankah Allah swt telah menjanjikan syurga?
"Mereka itu akan dibalas dengan tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima di dalam syurga itu ucapan selamat di dalamnya."
(Al-Furqan: 75)
"Dan kerana kesabaran mereka, mereka dibalas oleh Allah dengan syurga dan (persalinan dari) sutera."
(Al-Insan: 12)

    "Ya Allah..Engkau tabahkanlah hati kami dalam menghadapi segala ujian daripadaMU..Betapa aku bahagia dengan ujian ini..melaluinya aku bersyukur dengan nikmat yang tidak terhingga dan Engkau teguhkanlah pendirian kami dalam ape jua keadaan..."sem0ga kita same2 mndapat REDHANYA =)


Tuesday 10 January 2012

BERDAMAILAH DENGAN TAKDIR…

11DIS
Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”
Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan  agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.
Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu… ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya.
Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stres, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.
Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, “sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga.”
Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk ‘bersahabat’ dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita nikmati alam seperti seadanya… akur kepada Pencipta senja.
Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan ‘lukisan takdir’ pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?
Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”
Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.
Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.
Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stres keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah… Allah tidak akan mengecewakan kita!bitaufiq wa najah dari hamba yang lemah ini:)))

Thursday 14 July 2011

erti CINTA sebenar

  CINTA adalah fitrah bagi manusia. Orang yang tidak mempunyai perasaan cinta adalah tidak normal,tetapi ramai juga menderita kerana cinta. Ermm..sbnarnya bercinta tu tak salah jika diniatkan untuk menuju alam perkahwinan yang diredhai ALLAH. Apabila kita membetulkan niat, kita hendaklah memperbaiki diri kita supaya menjadi seorang yang solehah supaya ALLAH menemukan dengan orang yang soleh.

Berpasangan dan brcinta adalah naluri, manakala nafsu..otak yang megawalnya. Jangan biarkan cinta menguasai diri sehingga merosakkan hidup, jika tidak pasti menimbulkan penyesalan .
Pernahkan diri kita berfikir sejenak...bagaimana CINTA kita terhadap RABB??....ermm..

Pada hari ini ,manusia lebih mengenali dunia daripada Pencipta dunia. Jadi, hati mereka gersang dari cinta Ilahi, cinta yang hakiki. 
Kecintaan kepada Allah adalah suatu kedudukan yang istimewa. Allah mengangkat kedudukan hamba yang mencintai-Nya kepada setinggi-tinggi darjat. Bagi manusia yang mengutamakan kecintaan kepada selain Allah, Allah meletakkannya di kedudukan yang hina dan menjadi hamba kepada dunia sepanjang hayatnya..nauzubillah..
jagalah hati....^_^
 Ramai manusia yang mengaku mencintai Allah tetapi kebanyakan kata-kata mereka tidak melepasi kerongkong-kerongkong mereka. Cinta itu ada tandanya untuk dikenalpasti yang manakah cinta palsu dan yang manakah cinta yang hakiki.Orang yang mencintai Allah sentiasa mengutamakan apa yang disukai Allahdaripada kesukaannya zahir dan batin. Maka dia akan sentiasa merindui amal yang akan mendekatkannya kepada Kekasihnya dan menjauhkan diri daripada mengikut nafsunya..terasa betapa kerdilnya diri ini .......

"Orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah. (al- Baqarah: 165)"


Di sini, saya mengaitkan cinta antara cinta ALLAH dan cinta yang diredhai..bagi saya itulah erti CINTA sebenar. Kepada semua termasuk diri yang hina ini..ingatlah untuk mendapat cinta yang tulus lagi sejati, cari dan kahwinilah  manusia yang mencintai allah dan allah jua mencintainya supaya terisi makna CINTA YANG SEBENAR...=)

Bagi yang menghadapi masalah atau ujian cinta..ingatlah bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang2 yang menggembirakan hati kita itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita..kerana mungkin di situ ltaknya bahagia..gapailah CINTA ILAHI kerana apabila manusia berjaya menggapai cinta TUHANNYA.. pasti cinta sejati akan ditemuinya..walahu a'lam ^_^