Saturday 21 January 2012

ANTARA UJIAN DAN KESABARAN


  Sedar x kita bahawa hidup ni bagaikan roda, kita tidak selalunya di atas. mungkin boleh jadi esok kita dibawah, boleh jadi esok kita masih dibawah. tapi adakah itu alasan untuk kita terus mengalah?Ujian dan dugaan yg menimpa, bukanlah sesuatu yg dpt kita ketahui sebelumnya ianya berlaku. Ketahuilah bahawa Allah swt tidak akan sesekali membiarkan para hambanya dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang ujian untuk menguji sama ada kita ini sebenar-benarnya beriman kepadaNya.Firman Allah taala :
Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?” (Al-Ankabut: 2)

  Sudah tentu kita semua telah pernah diuji, ataupun masih sedang diuji tetapi apa yang sudah pasti ujian Allah swt ini tidak putus-putus dan Allah swt akan sentiasa menguji hambaNya. walau apapun, ujian Allah swt ini bukanlah ujian kosong semata-mata. Ianya penuh hikmah dan pengajaran agar kita semua dapat terus meningkatkan keimanan kita terhadapNya. Dalam surah yang lain Allah swt juga telah memberi beberapa contoh yang mungkin akan dijadikan sebagai ujian terhadap hambanya yang beriman.
Dan sesungguhnya Kami akan memberikan sesuatu percubaan kepada kamu, seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan…
(Al-Baqarah : 155)
   Emm..ujian yang datang tak ade la  sebulat-bulatnya begini, tapi ini adalah antara jenis-jenis ujian yang mungkin akan menimpa kita semua. boleh jadi dalam kehidupan ini kita sering terasa kesempitan sebab kita tidak berharta? mungkin? janganlah kia risau jika kita tidak berduit mahupun berharta kerana sesungguhnya duit bukanlah segala-galanya.

   Bagaimana pula dengan SABAR???.....sabar itu adalah sesuatu yang sangat susah untuk dikecapi, ditambah pulak jikalau sesuatu berlaku kepada kita dan kita pula bersabar menghadapinya, akan ada pihak yang mengatakan kita ini tak mahu mempertahankan hak kita, lemah dan sebagainya. well, in this kind of situation, adalah sangat penting untuk kita terus bertahan dan banyakkan bersabar? bukankah Allah swt telah menjanjikan syurga?
"Mereka itu akan dibalas dengan tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima di dalam syurga itu ucapan selamat di dalamnya."
(Al-Furqan: 75)
"Dan kerana kesabaran mereka, mereka dibalas oleh Allah dengan syurga dan (persalinan dari) sutera."
(Al-Insan: 12)

    "Ya Allah..Engkau tabahkanlah hati kami dalam menghadapi segala ujian daripadaMU..Betapa aku bahagia dengan ujian ini..melaluinya aku bersyukur dengan nikmat yang tidak terhingga dan Engkau teguhkanlah pendirian kami dalam ape jua keadaan..."sem0ga kita same2 mndapat REDHANYA =)


0 comments:

Post a Comment