Ingin saya kongsikan sedikit tentang serikandi
hebat ini..Namanya diberi “Rabiah binti Ismail Al-Adawiyah yang dilahirkan di
Kota Basrah pada yahun kedua Hijrah dalam keadaan serba kekurangan . Dan
kekurangan itu bukanlah penghalang bagi ibu dan ayahnya utk terus beribadat
kepada ALLAH . Pada
akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan
Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah.
Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Banyak
kejahatan dan maksiat berleluasa. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur
semakin diagung-agungkan. Akibatnya, ketajaman iman mula tumpul dan zaman hidup
wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.
Namun , Allah telah memelihara
sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada
masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang
dipimpin oleh Hasan al-Basri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita.
Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi
segala tuntutan hawa nafsu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang
benar-benar taat.
Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang
sangat bertaqwa, jauh dari kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur
kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa
bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya
Rabi’ah sendiri sangat gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga
berjaya menghafal kandungan al-Quran…Subhanallah..saya sangat kagum .Kalau kita
masa kecil masih lagi dengan bermain anak patung dan masak2 tapi berbeza dengan
beliau .
Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa
halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.Dalam
menjalani kedewasaannya, beliau duji dengan pelbagai ujian antaranya kematian
ibu dan ayahnya,terpisah dengan kakak2nya dan akhirnya beliau terpaksa menjadi
hamba kepada majikan yang sgt zalim kepadanya .Tapi xpernah beliau
merungut..bahkan hanya memuji2 ALLAH..Segala kebergantungannya dan cintanya
milik Tuhan yang SATU.
Antara munajat dan ucapan Rabiatul Adawiyah kepada ALLAH di
malam yang hening,,
“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau
daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada
segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah
tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di
hadapan-Mu.
“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai
dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di
hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan
menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”
Selama
30 tahun dia terus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:
“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah
aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku
daripada-Mu.”
Antara
syairnya yang masyhur berbunyi:
“Kekasihku tiada menyamai
kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai
tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku
sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik
pun.”
Rabi’ah telah membentuk satu
cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada
Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan
fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti
yang pernah diluahkannya:
“Wahai Tuhanku! Apakah
Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang
menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”
Kecintaan Rabi’ah kepada
Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.
“Jika aku menyembah-Mu
kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku
menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya!
Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku
balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia
itu.”
Dia
kekal membujang tanpa timbul rasa kesal kerana tidak berkahwin walau ramai alim
ulama dan raja datang meminang, kerana hatinya meruntun Cinta Sang Pencipta
yang Agung.
Selama
80 tahun Rabiatul Adawiyah hidup, dan di saat kematiannya, malaikat maut datang
dan Rabiatul Adawiyah seakan2 mngetahui tujuan kedatangannya. Saat itu pada
wajahnya terpancar nur yang luar biasa .Begitulah kecintaannya yang abadi .
Alhamdulillah atas ilmu ini ya ALLAH,,semoga perkongsian ini dapat menjadi
contoh kepada kita untuk terus perbaiki diri supaya mnjadi hamba yang bertaqwa .
#Alhamdulilah...inilah kesimpulan serba sdikit yg saya dapat ambil daripada novel sejarah serikandi islam "Rabiatul Adawiyah" Perindu Cinta Abadi karya Zahiruddin Zabidi..sgt bermanfaat dan berguna terutama bagi muslimah2 yang ingin mencari keredhaan dan cinta Tuhannya.#
Walahua'lam …senyum selalu dari cik layyin.=)
0 comments:
Post a Comment