Thursday 14 July 2011

erti CINTA sebenar

  CINTA adalah fitrah bagi manusia. Orang yang tidak mempunyai perasaan cinta adalah tidak normal,tetapi ramai juga menderita kerana cinta. Ermm..sbnarnya bercinta tu tak salah jika diniatkan untuk menuju alam perkahwinan yang diredhai ALLAH. Apabila kita membetulkan niat, kita hendaklah memperbaiki diri kita supaya menjadi seorang yang solehah supaya ALLAH menemukan dengan orang yang soleh.

Berpasangan dan brcinta adalah naluri, manakala nafsu..otak yang megawalnya. Jangan biarkan cinta menguasai diri sehingga merosakkan hidup, jika tidak pasti menimbulkan penyesalan .
Pernahkan diri kita berfikir sejenak...bagaimana CINTA kita terhadap RABB??....ermm..

Pada hari ini ,manusia lebih mengenali dunia daripada Pencipta dunia. Jadi, hati mereka gersang dari cinta Ilahi, cinta yang hakiki. 
Kecintaan kepada Allah adalah suatu kedudukan yang istimewa. Allah mengangkat kedudukan hamba yang mencintai-Nya kepada setinggi-tinggi darjat. Bagi manusia yang mengutamakan kecintaan kepada selain Allah, Allah meletakkannya di kedudukan yang hina dan menjadi hamba kepada dunia sepanjang hayatnya..nauzubillah..
jagalah hati....^_^
 Ramai manusia yang mengaku mencintai Allah tetapi kebanyakan kata-kata mereka tidak melepasi kerongkong-kerongkong mereka. Cinta itu ada tandanya untuk dikenalpasti yang manakah cinta palsu dan yang manakah cinta yang hakiki.Orang yang mencintai Allah sentiasa mengutamakan apa yang disukai Allahdaripada kesukaannya zahir dan batin. Maka dia akan sentiasa merindui amal yang akan mendekatkannya kepada Kekasihnya dan menjauhkan diri daripada mengikut nafsunya..terasa betapa kerdilnya diri ini .......

"Orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah. (al- Baqarah: 165)"


Di sini, saya mengaitkan cinta antara cinta ALLAH dan cinta yang diredhai..bagi saya itulah erti CINTA sebenar. Kepada semua termasuk diri yang hina ini..ingatlah untuk mendapat cinta yang tulus lagi sejati, cari dan kahwinilah  manusia yang mencintai allah dan allah jua mencintainya supaya terisi makna CINTA YANG SEBENAR...=)

Bagi yang menghadapi masalah atau ujian cinta..ingatlah bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang2 yang menggembirakan hati kita itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita..kerana mungkin di situ ltaknya bahagia..gapailah CINTA ILAHI kerana apabila manusia berjaya menggapai cinta TUHANNYA.. pasti cinta sejati akan ditemuinya..walahu a'lam ^_^

4 comments:

cik qisya iffah said...

betol2... ramai yg bercinta.. tp sering alpa tentng cinta kpd sang Murobbi. kpd yg da terlupa kpdNYA mari lah sme2 sling ingt mengingati.. mdh2an mndapt mardhotillah... Amin... :)

E-Book Belajar Buat Gelang PERCUMA said...

lelaki pandai berpura-pura baik...di belakang, bercinta dengan orang lain. akhirnya kaum Hawa yang menderita dengan lakon layar sang Adam...sejauh mana kita dapat mengukur kejujuran sesorang...

layyin qalbi said...

hehe...tu sumer atas diri x kire same ade lelaki o ppuan..smmgnya kjujuran itu pnting..pe pn cube jd y trbek n same2 kte mcpai keredhaanNYA ngn cinta yang diredhai..bkn skdar nafsu smata :).tp ingatlah cinta ALLAH adalah y hakiki.kjarlah cntanya maka kite xkan kcewa..thanks 4 all da c0mments..*__*

E-Book Belajar Buat Gelang PERCUMA said...

bagaimana kalau tunang atau kekasih kita sendiri tidak berlaku jujur sedari awal lagi. bagaimana nak bersama-sama pasangan hidup untuk mengejar keredhaanNya kalau pihak lelaki ternyata mengejar duniawi..harap awak dapat lelaki sebaik awak...

Post a Comment