Friday 19 July 2013

"SERIKANDI SUCI...RABIATUL-ADAWIYAH"



Ingin saya kongsikan sedikit tentang serikandi hebat ini..Namanya diberi “Rabiah binti Ismail Al-Adawiyah yang dilahirkan di Kota Basrah pada yahun kedua Hijrah dalam keadaan serba kekurangan . Dan kekurangan itu bukanlah penghalang bagi ibu dan ayahnya utk terus beribadat kepada ALLAH . Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Banyak kejahatan dan maksiat berleluasa. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Akibatnya, ketajaman iman mula tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun , Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Basri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafsu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, jauh dari kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri sangat gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran…Subhanallah..saya sangat kagum .Kalau kita masa kecil masih lagi dengan bermain anak patung dan masak2 tapi berbeza dengan beliau .

 Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.Dalam menjalani kedewasaannya, beliau duji dengan pelbagai ujian antaranya kematian ibu dan ayahnya,terpisah dengan kakak2nya dan akhirnya beliau terpaksa menjadi hamba kepada majikan yang sgt zalim kepadanya .Tapi xpernah beliau merungut..bahkan hanya memuji2 ALLAH..Segala kebergantungannya dan cintanya milik Tuhan yang SATU.

Antara munajat dan ucapan Rabiatul Adawiyah kepada ALLAH di malam yang hening,,

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”
Selama 30 tahun dia terus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”
Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”
Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Dia kekal membujang tanpa timbul rasa kesal kerana tidak berkahwin walau ramai alim ulama dan raja datang meminang, kerana hatinya meruntun Cinta Sang Pencipta yang Agung.

Selama 80 tahun Rabiatul Adawiyah hidup, dan di saat kematiannya, malaikat maut datang dan Rabiatul Adawiyah seakan2 mngetahui tujuan kedatangannya. Saat itu pada wajahnya terpancar nur yang luar biasa .Begitulah kecintaannya yang abadi . Alhamdulillah atas ilmu ini ya ALLAH,,semoga perkongsian ini dapat menjadi contoh kepada kita untuk terus perbaiki diri supaya mnjadi hamba yang bertaqwa . 

#Alhamdulilah...inilah kesimpulan serba sdikit yg saya dapat ambil daripada novel sejarah serikandi islam "Rabiatul Adawiyah" Perindu Cinta Abadi karya Zahiruddin Zabidi..sgt bermanfaat dan berguna terutama bagi muslimah2 yang ingin mencari keredhaan dan cinta Tuhannya.#

Walahua'lam …senyum selalu dari cik layyin.=)